Wednesday, June 13, 2007

Takziah kepada nenekku

Al-Fatihah kepada Allahyarhmmah Hajjah Fatimah Binti Latip nenek aku yang aku sayangi

hmmm ari yg mendukacitakan pada 7 Jun 2007 bersamaan dengan 22 Jamadilawal 1428 pukul 11:55 malam nenekku iaitu Allahyarhmmah Hajjah Fatimah Binti Latip telah kembali ke Rahmatullah di Hospital Umum ICU.

Gambar Allahyarhammah sedang tidur di katilnya sambil memakai cermin mata di kepalanya..

Gambar Allahyarhammah posing semasa aku ingin mengambil gambarnya menggunakan handphone aku... :(

Allahyarhammah dimasukkan ke hospital pada 930 malam tetapi sebelum itu Allahyarhammah mengadu sakit diperutnya dan menyatakan bahawa beliau mengidap gastrik. Ibu bapa aku terus membawanya ke Klinik Ibukota selepas beliau sembahyang Magrib. Beliau tiba di KlinikIbukota dan menunggu sampai pukul 830 dan doktor mengesahkan yang beliau menghidap gastrik selepas diberi ubat beliau pun balik ke rumah. Setiba di rumah beliau terus ke biliknya dan berehat tetapi adik-adik aku melihat beliau dalam keadaan pengsan kerana mak aku telah cuba membangunkan beliau. Ibubapa aku dan adik aku bergegas membawa nenek aku ke hospital dan menunggu beliau di sana. Aku pada masa itu berada di rumah tunang aku juga bergegas apabila bapa aku menelefon aku dari hospital. Aku rasakan sesuatu akan berlaku dengan allahyarhammah dalam perjalanan ke hospital. Sesudah sampai di sana aku terus mencari ibubapa aku. Pada mulanya ibuku menyatakan nenek aku pengsan dan doktor tengah membantu beliau tetapi apabila seorang doktor perempuan mengandung keluar dan menyatakan bahawa allahyarhammah tidak dapat diselamatkan dan kerana beliau menghidapi serangan jantung mengejut. Ini membuatkan aku dan ibubapa terkejut dan doktor itu menanya ibuku supaya teruskan atau bawa allahyarhammah ke rumah. Ibuku menyatakan biar usaha menyelemat diteruskan. Selepas beberapa jam berusaha doktor itu keluar lagi dengan wajah sedihnya dan menyatakan allahyarhammah tidak dapat diselamatkan dan sekarang beliau hanya menunggu saat-saat terakhir beliau. Aku terus balik ke rumah dan mengemas semua barang yang ada dirumah bagi persediaan membawa jenazah ke rumahku. Apabila pukul 12 lebih bapa aku menelefon aku dan memberitahu Allahyarhammah telah kembali ke Rahmatullah. Aku bagaikan tak percaya yang nenek aku sayangi telah meninggal dunia dengan sekelip mata sahaja. Baru sahaja pagi tersebut aku bercakap dengan nenek aku malamnya beliau meninggalkan segala-galanya. Akan tetapi, aku sekeluarga redha dengan apa yang berlaku...

No comments: